Tuesday, February 10, 2009

SYAHID KEBANGGAAN KAMI

Berderau darah dan tiba - tiba nafas menjadi kencang sebaik saya mendengar kenyataan live seorang serikandi HAMAS di Gazzah semalam sebagaimana yang paparkan oleh RTM 1 .
Ketika ditanya mengenai situais getir yang dihadapi oleh ummat Islam di Gazzah , Dughmush Nawal seorang ibu berusia 50an dengan bangga memberitahu bahawa seorang anaknya telah syahid dan seorang lagi sedang berjuang di medan menentang Yahudi Alaihi Laknatullah .
" Saya tidak menyesal , syahid tidak mati tetapi hidup disisi Allah dan dia akan masuk syurga sementara yahudi akan masuk neraka ." kata Dughmush .
Apa yang lebih menarik , beliau menegaskan bahawa setiap orang yang gugur syahid dikalangan anak - anak mereka [ muslimah Palastine ] , nescaya kami akan melahirkan seorang lagi pejuang baru untuk meneruskan perjuangan dan syahid .
Amnah Gaber pula seorang guru dengan tenang dan berani menggesa supaya ummat Islam bangun berjihad membebaskan al Aqsa dan mendapatkan janji - janji Allah buat mereka yang berjihad di jalan Allah swt .
Sungguh mengharukan ! demikianlah semangat jihad yang sebelum ini kita hanya membacanya di dalam kitab - kitab silam yang meriwayatkan keperwiraan atau kesatriaan serikandi Islam menentang kuffar dan musuh - musuh Allah swt .
Kini Gazzah menjadi kitab besar untuk dihayati oleh seluruh pejuang - pejuang Islam . Semangat jihad mereka sungguh mulia dan jitu . Bagaimanalah kita pula ?
Bumi kita ini aman . Perjuangan di urus dalam keadaan serba mudah dan senang . Begitu pun masih ada yang takut dan enggan untuk bersusah payah menyertai perjuangan mendaulatkan syariat Allah swt di bumi ini .
Banyak pula alasan dikemukakan . Semuanya menjurus ke arah mengelak diri dari menyertai perjuangan suci untuk meninggikan kalimah Allah swt . Terkadang mereka bijak bermain alasan sehingga kelihatan mereka pula berada di pihak yang benar .
Malu kita dengan muslimah Palastine . Mereka hidup dalam dunia bergolak dan senantiasa mengancam nyawa . Mereka ada tawaran untuk selamat iaitu berdamai dengan Israel . Tapi mereka memilih untuk pertahankan al Aqsa dan berjihad menyelamatkan agama dan tanahair mereka dari cengkaman Yahudi .
Kita ni , sebahagiannya hanya kerana JQAF . Tergamak mereka mengelak diri dari seruan jihad untuk mengaktifkan amal Islami , berdakwah dan memimpin ummah untuk berjuang membebaskan mereka dari belenggu jahiliyyah moden hari ini .
Bukanlah semua , tapi jumlah mereka ramai .
Tidak tahulah , bagaimana kalau kita ditaqdir duduk di tempat ummat Palastine ? atau apa yang berlaku di Palastine berlaku pula di negara kita ? waliyazubillah .
Patutlah hari ini ramai yang leka dan lalai , hanyut dalam arus hedonisme dan terjebak dalam perangkap maksiat dan mungkar . Semuanya kerana kegagalan mereka mendekatkan diri kepada Islam dan kegagalan Muslim memperjuangkan Islam agar ia tegak dan hampir kepada masyarakat .
Marilah kita bangkit bersama dengan sebuah keinsafan atas kelalaian kita yang lalu .

Artikel dipetik dari http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

AKU BERHARAP MENDAPAT SYAHID DI GHAZZAH

“Aku Berharap diakhir kehidupan ini, aku dapat pergi ke Ghazzah walaupun berada atas kerusi roda. Aku akan menghalakan senjataku kepada israel, kemudian israel akan membalas dengan melontarkan bom kepadaku,akhirnya aku mencapai syahid di bumi Palestin”
Ini adalah sedutan ucapan Imam Qaradhawi di Qatar bersama pemimpin tertinggi Hamas pada 28 Januari 2009 yang bermottokan Ghazzah telah menang
Kematian yang berlaku kepada rakyat Palestin merupakan kematian syahid yang diimpikan oleh setiap umat Islam.
Ini adalah semangat yang berkobar-kobar ditunjukkan oleh orang tua yang berumur hampir 90 tahun. Bagaimana dengan orang muda seperti penulis dan pembaca sekelian. Tidak rasa malukah mendengar ucapan sebegini.!
“Sebenarnya asas kepada kejayaan Hamas ialah kebersatuan ahli Ghazzah dalam menghadapi tekanan Israel” tegas beliau lagi.
Sebelum ini, Sheikh Ahmad Yasin pernah di bom oleh tentera Israel. Walaupun Sheikh Ahmad Yasin tidak mempunyai apa-apa kekuatan jasadiyyah, mata beliau yang hampir buta, telinga yang kurang pendengaran, tubuh yang tidak bermaya, suara yang terlampau tidak jelas. Tetapi orang sebegini menimbulkan kegerunan kepada israel. Orang sebegini mampu berjuang sehingga mendapat pahala syahid.
“kemenangan di Ghazzah merupakan kemenangan permulaan. Kita masih menunggu kemenangan yang menyeluruh dengan pembebasan bumi Palestin.”
“Ahli Ghazzah bersatu atas dasar iman dan ukhuwwah, dengan sebab itu, Allah SWT telah menyatukan hati-hati mereka. Israel dan sekutu-sekutunya ingin memecahkan kesatuan antara penduduk dengan pemerintah dengan mengadakan pelbagai sekatan dan melaparkan penduduk Hamas untuk menyusahkan pemerintah Hamas. Tetapi sayang, penduduk Ghazzah menerima kelaparan dan menolak untuk tunduk kepada Israel”
Itulah antara sedutan kata-kata yang penuh bersemangat oleh Imam Qaradhawi. Sepatutnya para pemuda perlu mengambil pengiktibaran di atas semangat yang ditonjolkan oleh beliau.
Palestin mempunyai sejarah yang cukup panjang. Ia juga menjadi perebutan antara tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Di zaman Kristian berkuasa, umat Islam disembelih, diperkosa dan dizalimi. Di zaman yahudi, umat Islam disembelih, diperkosa dan dizalimi. Ketika Islam menguasai bumi Palestin, penduduk yang beragama kristian dan yahudi dibenarkan untuk melawat tempat ibadat mereka tanpa diganggu dan dizalimi. Inilah toleransinya Islam sehingga digeruni dan didengki oleh penganut agama lain.
Walaupun yahudi Zionis telah mengumumkan penarikan tentera di Ghazzah, tetapi penulis yakin, serangan itu pasti kembali. Yahudi adalah bangsa pengkhianat kepada perjanjian.Semenjak zaman Nabi Musa lagi, bangsa yahudi selalu melanggar perjanjian.
Perangai buruk itu terus menerusi diwarisi oleh anak cucunya hingga kini. pelbagai perjanjian genjatan senjata sudah dilakukan, tetapi akhirnya perjanjian ini terus dikhianati. Kemudian yahudi akan menuding jari kepada Hamas kerana menjadi penyebab kepada perjanjian ini dilanggar.
Amerika dan PBB terus menyokong yahudi Zionis dan terus menerus mempersalahkan Hamas setiap masa. Terbaru kenyataan Barack Obama yang mempertahankan tindakan Yahudi Zionis terhadap serangan tersebut. Penulis tidak pasti adakah kenyataan ini keluar dari hati nurani beliau atau terpaksa mengikut telunjuk pelobi yahudi di Amerika.
Yahudi berjaya mempengarui kuasa besar. Tetapi tindakan Hamas tidak mampu menarik simpati pemimpin umat Islam. Pemimpin umat Islam sudah hilang sensitiviti terhadap nasib saudaranya sendiri.
Walaupun serangan Yahudi telah berakhir, boikot mesti diteruskan. Pastikan ekonomi yahudi lumpuh sehingga mereka terpaksa merayu kepada dunia Islam. Semakin kuat dokongan kepada ekonomi yahudi, semakin kuat serangan terhadap umat Islam.
Kristian pernah menguasai bumi Palestin hampir 100 tahun. Kemudian Sultan Salahuddin telah membebaskannya. Yahudi Zionis telah menguasai bumi Palestin hampir 60 tahun (1948-2009). InsyaAllah umat Islam akan kembali membebaskan bumi Palestin dalam masa terdekat ini melalui kekuatan yang diberikan kepada Hamas.
Sama-samalah kita doakan.

Artikel di petik dari http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

Thursday, February 5, 2009

PERAK YANG PANAS

Suasana politik perak semakin panas. Hari ini adalah hari yang sangat mendebarkan kerana semuanya akan tertumpu kepada apa keputusan Paduka Sultan samaada membenarkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak atau sebaliknya.

Tuesday, January 20, 2009

TV3 OH TV3

Semalam pada 19 Januari 2009 pukul 10 malam saya menonton cerita Mandarin bertajuk Wheels On Meals. Agak lama tidak dapat meluangkan masa menonton tv sebenarnya kerana sebuk dengan urusan kerja dan terlibat dengan kerja-kerja dakwah, ini pun hari ahad pagi baru sampai dari Kuala Terengganu, Alhamdulillah Islam menang di sana. Berbalik kepada cerita yang saya tonton, agak menarik la cerita itu sebab heronya agak hebat dan terkenal. Biasalah tv3 cerita sikit pastu iklan, cerita sikit pastu iklan, tup tup sampai la ke iklan lebih kurang pukul 11.27 malam. Terkejut beruk saya apabila tv3 menyiarkan iklan Coco-cola dan iklan Mcd.

Pelik tersangat pelik dengan perangai pentadbiran tv3, dalam dok sebuk-sebuk satu dunia untuk memboikot produk israel dan proksi nya amerika, tv3 dengan selambanya mengambil keuntungan menyiarkan iklan-iklan proksi yahudi tersebut untuk menggalakkan orang ramai membeli produk tersebut. Tergamak tv3 mengambil keuntungan dan dalam pada masa yang sama ramai umat Islam khususnya di Gaza terkorban dek kekejaman yahudi israel. Segala peluru dan senjata yang dibeli oleh israel adalah hasil dari sumbangan daripada syarikat-syarikat tersebut yang setiap sen datangnya dari pembelian orang-orang islam yang terpengaruh dengan iklan yang disiarkan oleh tv3 yang menjadi ejen pengiklanan produk-produk proksi yahudi.


Tv3 oh tv3, pada satu masa kamu menyiarkan berita-berita kekejaman yahudi israel di Bumi Gaza, kamu juga menyiarkan iklan-iklan untuk memohon sumbangan dan derma untuk di hulurkan kepada Gaza, seolah-olahnya kamu juga bersimpati dengan nasib yang menimpa penduduk Islam di sana. Tetapi pada masa yang sama tergamak kamu mengambil keuntungan hasil daripada menyiarkan iklan-iklan tersebut.

Apa yang kamu harus ingat wahai tv3, seandainya orang ramai terpengaruh dengan iklan yang kamu siarkan, maka hasil dari pembelian orang ramai tersebut akan ada beberapa sen yang akan digunakan oleh syarikat tersebut untuk membayar cukai kepada amerika dan amerika menggunakan hasil cukai tersebut untuk disumbangkan kepada pembanggunan negara israel.
Maka kamu juga menanggung dosa yang maha besar sebab kamu ramai orang membeli produk-produk tersebut.

Wahai tv3 sedarlah dunia ini sementara sahaja, esok lusa akan tiba masanya untuk kamu berkubur juga maka jadilah media yang jujur dan menyumbang untuk pembanggunan Islam dan umatnya.

Sunday, January 18, 2009

DARI KUALA TERENGGANU KE HULU BERNAM

Alhamdulillah kami baru sampai dari Kuala Terengganu. Bertolak dari sana selepas solat magrib, berhenti 2,3 tempat dan Alhamdulillah akhirnya selamat sampai di Hulu Bernam. Gembira sangat akhirnya Islam menang di Kuala Terengganu.

Uhhh tak larat la nak updt sekarang, nanti sambung lg la..................

Jumpa lagi pada cerita akan datang dengan kesah-kesah di Kuala Terengganu...............

Wednesday, January 14, 2009

SALAM PERJUANGAN

Hari ini masuk hari ke 19 pengganas-pengganas yahudi membuat kerosakan di muka bumi Gaza. Mereka beranggapan seolah-olah dunia ini milik mereka, bahkan mereka merasakan sangat kebal kerana dapat berselindung di sebalik negara bapak pengganas iaitu amerika. Mereka cuba untuk memusnahkan Hamas di Gaza tetapi mereka silap walaupun berpuluh-puluh pejuang Islam Syahid dalam perjuangan ini, maka pastinya akan lahir pejuang-pejuang baru yang akan sanggup menggadaikan nyawa yang Allah beri demi mempertahankan Agama Islam yang suci ini.

Akan tiba masanya nanti sejarah kamu akan berulang seperti apa yang dilakukan oleh Nazi kepada kamu dahulu. Tetapi yang akan berlaku nanti ialah orang-orang Islam yang kamu cuba hapuskan sekarang ini akan bangkit mencari dan memerangi kamu sehingga kamu tidak wujud lagi di muka bumi ini. Walaupun pada saat ini ada pemimpin-pemimpin negara Islam yang bersekongkol dengan kamu, seperti Hosni Mubarak, Mahmod Abbas, sampai bila mereka boleh bersekongkol dengan kamu? Mereka juga pasti mati dan pada masa itu akan lahir pemimpin-pemimpin yang berani untuk menegakkan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang. Kami sebagai orang Islam berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhamad SAW.

Akan sampai satu masa nanti seperti hadis Nabi " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang islam berperang dengan orang yahudi (di sebuah tempat). Orang-orang Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil orang-orang Islam agar membunuh orang-orang yahudi itu, kecuali pokok 'gharqad' kerana ia adalah pokok yahudi". (RIWAYAT AL-BUKHARI DAN MUSLIM).

Bersedialah wahai orang yahudi, kamu PASTI akan kami lenyapkan dari muka bumi ini!!!

Monday, January 12, 2009

CERITA TENTANG ADIK BERADIK

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam-macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.
Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.
Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.
Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya.
Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.
Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.
Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi."
Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.
"Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu."
Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain.
Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.
"Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.
Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.
Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami."
"Selamatkan adik kami yang kelemasan."
Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.
Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.
Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....
Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.
catatan pakdi...

adik perempuan itu bernama Palestin.
adik lelaki itu bernama Iraq
abang-abang itu negara Arab yang kaya raya
adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
mesyuarat itu pula adalah mesyuarat OIC
bapa yang mati adalah khalifah

Wallahu'alam.

Nota: Post ini adalah post yang mempopularkan nama Pakdi dalam dunia blog. Pertama kali diterbitkan untuk tatapan semua pada hari Jumaat, 7 Mac 2003.

Wahai pemimpin negara-negara yang beragama Islam, bangkitlah kamu dari tidur mu yang panjang itu, buka lah mata mu melihat alam sekeliling, adakah kamu sanggup berhadapan dengan Allah Yang Maha Esa pada hari Akhirat nanti, disaat masa hidup mu di dunia ini di kelilingi istana yang besar-besar, kereta yang mewah-mewah, makanan yang lazat-lazat, pakaian yang mahal-mahal, maka pada saat yang sama juga saudara-saudara seIslam mu di Palestin terus di zalimi oleh bangsa yang paling jahanam di muka bumi. Tidakkah kamu boleh bersatu untuk menghantar bekalan peluru kepada Pejuang-Pejuang Islam di Gaza seperti amerika menghantar bekalan peluru ke israel. Adakah kamu wahai pemimpin-pemimpin Arab dan pemimpin-pemimpin negara Islam takut kepada amerika dan israel melebihi ketakutan mu kepada Allah? Kami sebagai rakyat mu tidak akan memaafkan kesilapan-kesilapan kamu kerana membiarkan kezaliman yahudi keatas saudara Islam kami di Palestin. Kami akan persoalkan tanggungjawab kamu semua di Akhirat nanti...