Tuesday, January 20, 2009

TV3 OH TV3

Semalam pada 19 Januari 2009 pukul 10 malam saya menonton cerita Mandarin bertajuk Wheels On Meals. Agak lama tidak dapat meluangkan masa menonton tv sebenarnya kerana sebuk dengan urusan kerja dan terlibat dengan kerja-kerja dakwah, ini pun hari ahad pagi baru sampai dari Kuala Terengganu, Alhamdulillah Islam menang di sana. Berbalik kepada cerita yang saya tonton, agak menarik la cerita itu sebab heronya agak hebat dan terkenal. Biasalah tv3 cerita sikit pastu iklan, cerita sikit pastu iklan, tup tup sampai la ke iklan lebih kurang pukul 11.27 malam. Terkejut beruk saya apabila tv3 menyiarkan iklan Coco-cola dan iklan Mcd.

Pelik tersangat pelik dengan perangai pentadbiran tv3, dalam dok sebuk-sebuk satu dunia untuk memboikot produk israel dan proksi nya amerika, tv3 dengan selambanya mengambil keuntungan menyiarkan iklan-iklan proksi yahudi tersebut untuk menggalakkan orang ramai membeli produk tersebut. Tergamak tv3 mengambil keuntungan dan dalam pada masa yang sama ramai umat Islam khususnya di Gaza terkorban dek kekejaman yahudi israel. Segala peluru dan senjata yang dibeli oleh israel adalah hasil dari sumbangan daripada syarikat-syarikat tersebut yang setiap sen datangnya dari pembelian orang-orang islam yang terpengaruh dengan iklan yang disiarkan oleh tv3 yang menjadi ejen pengiklanan produk-produk proksi yahudi.


Tv3 oh tv3, pada satu masa kamu menyiarkan berita-berita kekejaman yahudi israel di Bumi Gaza, kamu juga menyiarkan iklan-iklan untuk memohon sumbangan dan derma untuk di hulurkan kepada Gaza, seolah-olahnya kamu juga bersimpati dengan nasib yang menimpa penduduk Islam di sana. Tetapi pada masa yang sama tergamak kamu mengambil keuntungan hasil daripada menyiarkan iklan-iklan tersebut.

Apa yang kamu harus ingat wahai tv3, seandainya orang ramai terpengaruh dengan iklan yang kamu siarkan, maka hasil dari pembelian orang ramai tersebut akan ada beberapa sen yang akan digunakan oleh syarikat tersebut untuk membayar cukai kepada amerika dan amerika menggunakan hasil cukai tersebut untuk disumbangkan kepada pembanggunan negara israel.
Maka kamu juga menanggung dosa yang maha besar sebab kamu ramai orang membeli produk-produk tersebut.

Wahai tv3 sedarlah dunia ini sementara sahaja, esok lusa akan tiba masanya untuk kamu berkubur juga maka jadilah media yang jujur dan menyumbang untuk pembanggunan Islam dan umatnya.

No comments:

Post a Comment