PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat menilai semula dan memperkukuhkan semangat saling memahami antara kaum yang menjadi asas perpaduan negara selama ini.
"Hubungan muhibah sesama kita haruslah sentiasa diperbaharui agar kita dapat menangani cabaran yang pasti timbul dalam suasana sebuah masyarakat majmuk yang cukup unik,"
"Adalah amat naif sekiranya kita menganggap tanggungjawab untuk membina perpaduan hanya patut disandarkan kepada kerajaan semata-mata. "Kita juga tidak sepatutnya menganggap usaha ke arah perpaduan adalah tanggungjawab orang lain, malah ia sebenarnya terletak pada bahu kita sendiri," katanya.
Pemuda Insaf sangat berterima kasih kepada PM yang sudi menyampaikan perutusan berupa nasihat kepada seluruh rakyat. Pemuda Insaf berharap apa yang di ucapkan itu dapat lah difahami oleh semua pemimpin-pemimpin negara ini. Kadang-kadang Pemuda Insaf pelik juga sebab yang memainkan kata-kata berbaur perkauman ini datangnya dari kumpulan PM sendiri. Harap-harap mereka yang selalu bermulut celupar itu tidak lah berkata sesuka hati lagi ya. Pemuda Insaf sayang negara ini...
Friday, December 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment