Wednesday, December 31, 2008

XPDC BERDAKWAH

Berita di petik dari Harakahdaily :
KUALA LUMPUR, 31 Dis - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan program ekspedisi (XPDC) dakwah sempena tahun baru malam ini. Pemuda Wilayah akan memfokuskan dua tempat pada malam ini iaitu taman Tasik Titiwangsa dan Taman Tasik Permaisuri.
Dua Lokasi ini dipilih kerana tempat ini menjadi tumpuan anak-anak muda di malam tahun baru setiap tahun, kata jurucakap Pemuda Wilayah.
"Jumlah anak-anak muda yang terjebak dengan gejala sosial semakin meningkat dan amat merunsingkan kita semua. Anak muda merupakan aset negara pada masa akan datang. Jika masalah ini dibiarkan maka akan hancurlah negara kita.
"Justeru itu, Pemuda PAS Wilayah mengajak NGO, dan setiap individu menyertai program ini,"
Sesiapa yang ingin menyertai program ini, diminta berkumpul pukul 9.00 malam di Masjid Saidina Othman untuk XPDC di Taman Tasik Permaisuri manakala di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut untuk XPDC di Taman Tasik Titiwangsa. -

Sesiapa yang ingin menyumbang tenaganya untuk Islam, buktikan dengan malam ini terlibat sama dalam berdakwah dengan mengedar risalah dan sebagainya. Di saat pemuda-pemuda di Palestin mengangkat senjata untuk mempertahankan negara dan Islam, adakah kita boleh mengizinkan diri kita berpeluk tubuh bahkan ada yang lagi teruk terlibat pula dengan program-program yang melalaikan dan di murkai Allah. Semoga Awal Tahun Hijrah dan Awal Tahun Masihi ini menjadikan kita insan yang sangat berkualiti dari semua segi InsyaAllah.

Emel : insafdunhulubernam@gmail.com

No comments:

Post a Comment