
Artikel dipetik dari http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/
Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi membuat kerahan agar seluruh ummat Islam dengan penuh tanggungjawab dan rasa kebersamaan dalam menangani isu keganasan Regim Israel ke atas Ummat Islam Palestine [ Gaza ] , keluar beramai - beramai untuk berdemonstrasi atau menunjuk perasaan marah serta benci terhadap keganasan Israel dan sekutunya Amerika .
Demonstrasi ini akan di adakan hari ini selepas solat jumaat . Bermula dengan perarakan dari Masjid Tabung Haji menuju ke Kedutaan Amerika dan kemudian Insyaallah ke Kedutaan Mesir dan Jordan untuk mendesak mereka agar membuka sempadan bagi ummat Islam Gaza mencari tempat berlindung khasnya bagi kanak - kanak, orang tua dan wanita.
Ayuh saudara-saudara Islam ku kita tunjukkan kebencian kita kepada yahudi atas kezaliman mereka kepada saudara-saudara kita di Palestin. Kepada rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, jom bersama-sama kami berdemontrasi atas sifat peri kemanusiaan sesama manusia. Ayuh...
No comments:
Post a Comment