Tuesday, December 23, 2008

HUKUM HUDUD DAN QISAS.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan perkara itu sebagai "isu lama" berkata pelaksanaan hukum hudud dan qisas sering dibangkitkan setiap kali musim pilihan raya tetapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan oleh PAS untuk melaksanakan slogan politik mereka itu. "Dah lama cerita tu...bukan benda baru. Di Kelantan dan Terengganu (sebelum pilihan raya umum Mac lepas) mereka tidak buat (laksana hukum hudud), tiap kali (pilihan raya) jadikan perkara ini sebagai isu,"

Di Alor Star, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kenyataan Husam itu adalah "satu cerita politik" sematamata kerana jika PAS benarbenar mahu melaksanakan, ia pasti sudah lama dikuatkuasa di Kelantan. BERNAMA...

SHAH ALAM: Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika PAS mahukan melaksanakan hukum hudud di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

"Kalau hajat mereka begitu, saya doakan supaya hajat mereka itu tercapai tetapi hakikat politik tidak begitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia dan Pelancaran Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama di sini.

Tiga Kenyataan pelik daripada tiga orang pemimpin Melayu yang beragama Islam yang duanya mempunyai jawatan dan kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Kalau dalam 1,2,3 bulan yang lalu mereka berkokok mengatakan mereka adalah pejuang melayu dan pejuang Islam, kenapa pada saat timbulnya isu HUKUM HUDUD DAN QISAS ini mereka sendiri tidak berkata yang mereka akan laksanakan hukum ini di Malaysia. Kenapa mereka harus bercakap dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan pelik seperti di atas? Kenapa mereka tidak menyahut kata-kata yang dilontarkan oleh Prof Dr Aziz bahawa perlaksanaan HUKUM HUDUD DAN QISAS adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan bukan kerajaan negeri. Maka menjadi tanggungjawab Umno Barisan Nasional untuk menyahut sekaligus melaksanakan hukum tersebut di peringkat persekutuan. Bahkan kalau pemimpin-pemimpin di atas tidak sanggup memberi komitmen untuk melaksanakannya, maka minta dan arahkan lah cerdik pandai agama yang ramai di negara ini supaya mereka dapat mengkaji undang-undang tersebut. Prof Dr Aziz juga menyebut yang menentang perlaksanaan HUKUM HUDUD DAN QISAS ialah Umno sendiri dengan mencabar enekmen hudud di mahkamah yang ingin dilaksankan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Adakah Timbalan Perdana Menteri boleh lupa sejarah tersebut atau buat-buat tak tahu supaya dapat mengaburi pemikiran rakyat...

Prof Dr Aziz
"Saya rasa rakyat sudah faham dan kita pun tahu bahawa dari segi melaksanakan undang-undang jenayah tanggungjawab kerajaan persekutuan bukan kerajaan negeri, tak kira lah kelantan ke selangor ke itu bukan tanggungjawab kerajaan negeri dan yang mencabar enekmen hudud itu ialah Umno sendiri di mahkamah"

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
"(Jika) Tidak setuju kerana apa, itu masalahnya... penjual dadah mana setuju kena gantung, tetapi dia tetap kena gantung. "Tolak tidak apa, tetapi biar ada alasan, contohnya kalau tidak mahu sembahyang, kena bagi alasan, sebab itu Islam beri ruang untuk berbincang," "Hudud bukan hukum Pas, tetapi hukum Allah, kalau sembahyang kita buat, tetapi kenapa hudud tidak boleh buat. "Susah apa hudud, di Malaysia pun boleh gantung (pesalah) kenapa tidak bising, sebabnya orang Eropah yang buat, sebab dalam kepala kita, (acuan) ikut Eropah,"


Yang peliknyan kenapa ada yang takut dengan perlaksanaan HUKUM HUDUD DAN QISAS ini, hukum ini hanya untuk orang yang beragama Islam dan yang melakukan kesalahan seperti merompak, merogol, berzina dan sebagainya dan inilah yang di tegaskan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Kepada semua pembaca, fikir dan nilai lah mana satu kaca dan mana satu permata...

1 comment:

  1. Salam ziarah Pemuda Insaf, jom ke Kuala Terengganu bantu menangkan calun PR

    ReplyDelete